Muka Depan

  Pengenalan

  Komiti

  Aturcara

  Anugerah

  Pelajar

 Bekas Pelajar

  Guru Semsas

  Bekas Guru

  Artis

  FAQ

  Hubungi Kami

 

  Pendaftaran

 

  AKSHAH 05'

 

   

PENGURNIAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 2007

 

Kategori Bekas Guru

Bekas Guru Semsas yang mempunyai rekod cemerlang semasa bertugas sebagai guru dan juga penglibatan serta sumbangan kepada masyarakat khususnya didalam bidang pendidikan.

 

Penerima Anugerah :

 

TUAN HAJI MOHD ANNUAR ISMAIL

Tuan Haji Mohd Annuar Ismail telah dilahirkan di Kg. Bugis, Nenasi, Pekan, Pahang pada 20 Julai 1946. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Nenasi dari tahun 1954 hingga 1959 sebelum meyambung persekolahan di SM Sultan Abu Bakar, Kuantan selama 5 tahun sehingga 1965. Penyertai Pusat Latihan Daerah, Kuantan pada tahun 1967 sebelum ditawarkan tempat di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur pada tahun 1968. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia serdang (sekarang Universiti Putra Malaysia) dari tahun 1982 hingga 1985 dan seterusnya ke Ealing College, London pada tahun 1991.

Dikurniakan 4 orang anak bersama isteri tercinta Hajjah Zaiton Othman, seorang menantu dan seorang cucu. Beliau kini menetap di Taman Guru, Kuantan, Pahang.

Dalam bidang pendidikan, beliau pernah menjadi guru sementara di SM Ubai, Kuantan dari tahun 1966 hingga 1967 dan sebagai guru penolong di SM Ismail Petra, Kota Bharu. Memulakan tugas sebagai guru penolong di Semsas dari tahun 1975 hingga 1981 dan 1986.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Kurikulum, Jabatan Pelajaran Pahang dari tahun 1987 hingga 1995, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan ( 1996-1997 ), Ketua Penolong Pengarah, Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Pahang dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuatan dari tahun 2000 hingga 2001.

Diantara aktiviti pendidikan yang beliau ceburi adalah seperti pemain tenis PSKPP, Pahang, jurulatih silat, pengerusi teknik dan silat MSSP, ajk Pesaka Pahang, penulis berdaftar Berita Harian, pengacara, penulis dan penyemak teks JPNP, pengadil/wasit silat MSSP dan Kebangsaan, pengadil bahas, puisi, forum, pidato dan drama negeri dan kebangsaan serta penceramah / motivator pendidikan.

Beliau adalah merupakan pengasas drama dan silat di Semsas pada tahun 1975 selain dari Projek Bacaan Semsas pada tahun 1976.

Diantara anugerah yang pernah beliau terima ialah :
 Guru paling popular SMIP, Kota Bharu – 1972
 Guru paling ’smart’ Semsas – 1980
 Pengarah drama / teater terbaik Pahang – 1980
 Penulis skrip drama terbaik Pahang – 1980
 Johan Pesta Drama / Teater Pahang 1980
 Pengarah ’setting’ drama terbaik kebangsaan – 1981
 Pelajar terbaik Kolej ke 7, UPlM – 1983
 Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan – 1999
 Tokoh Guru Negeri Pahang – 2000
 Tokoh kurikulum MSS Pahang – 2001

Jasa yang di taburkan di sepanjang karier beliau telah diiktiraf oleh KDYMM Sultan pahang dengan penganugerahan pingat kebesaran P.J.K pada tahun 1991, A.M.N pada tahun 1999 dan A.M.P pada tahun 2001.

Di atas kecemerlangan yang telah beliau capai samada didalam bidang pendidikan dan juga aktiviti kemasyarakatan, Exsas dengan bangganya menganugerahkan Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah bagi tahun 2007.