Muka Depan

  Pengenalan

  Komiti

  Aturcara

  Anugerah

  Pelajar

 Bekas Pelajar

  Guru Semsas

  Bekas Guru

  Artis

  FAQ

  Hubungi Kami

 

  Pendaftaran

 

  AKSHAH 05'

 

   

PENGURNIAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 2007

 

Kategori Bekas Pelajar

Ahli EXSAS yang cemerlang didalam akademik dan kerjaya, memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat di dalam bidang yang diceburi serta diiktiraf pencapaiannya di peringkat tertinggi.

 

Penerima anugerah :

 

PROF. DR AZIZ DERAMAN ( Exsas 76 )

sedang dikemaskini

 


DATO’ DR. HAJI KARIM BIN HAJI MANSOR ( Exsas 75 )

Dato’ Dr. Haji Karim bin Mansor telah dilahirkan di Sijangkang, Klang tanggal 6 Januari, 50 tahun yang lalu. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Endah, Banting pada tahun 1965 dan menduduki SRP di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Banting. Selepas mendapat keputusan yang baik di dalam SRP, beliau telah ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains Pahang yang baru ditubuhkan dan beliau merupakan ’batch’ yang pertama menduduki peperiksaan MCE di SMSP.

Hasil usaha tanpa mengenal erti kesusahan, beliau telah mendapat keputusan yang cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik MCE 1975. Beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Melaysia di dalam jurusan doktor perubatan pada tahun 1978 dan berjaya menamat pengajian pada tahun 1983.

Dato’ Dr. Haji Karim mendirikan rumahtangga dengan Datin Fauziah binti Aziz dan dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Mohd Fadhli Zil Ikram (23) penuntut tahun dua di Faculty Of Medicine, Royal College Of Surgeon, Ireland, Fatin Izzati (20) tahun satu di Fakultas Kedoktoran, Universitas Sumatera Utara, Medan dan Filzah (16) pelajar tingkatan 4, di Sek. Men. Sains Sri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur.

Dato’ Dr. Haji Karim memulakan kerjayanya pada tahun 1984 sebagai Pegawai Perubatan Pelatih di Hospital Daerah Taiping sebelum dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital tersebut pada tahun 1985. Pada tahun yang sama beliau bertukar ke Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Hospital. Di antara jawatan yang pernah disandangnya adalah sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Perancang & Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1986 dan Pegawai Perubatan & Kesihatan, Pusat Kesihatan Sungai Pelek pada tahun 1987.

Beliau seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Kanan di beberapa Daerah di negeri Selangor diantaranya Daerah Hulu Langat pada tahun 1988 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri pada tahun 1990, Beliau kemudiannya meneruskan tugasnya sebagai Pegawai Kesihatan Kanan Daerah di Daerah Kuala Selangor pada tahun 1991 dan terakhir sekali di Daerah Sepang dari tahun 1992 hingga 1994.

Pada tahun 1994 Dato’ Dr. Karim telah meletakkan jawatannya di sektor awam dan telah memulakan perniagaannya sendiri dengan membuka empat (4) buah Poliklinik yang terletak di Banting, Bandar Baru Salak Tinggi, Sungai Pelek, Sepang dan Telok Panglima Garang. Sehingga kini beliau telah mempunyai 10 buah Poliklinik di sekitar Negeri Selangor. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Sepang pada tahun 1998.

Pada 30 Ogos 2000, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, beliau juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) seperti KDEB, PKNS, SPLASH, INMIND, dan KPS. Di dalam pilihanraya umum 2004 beliau telah terpilih sebagai ADUN Kawasan Tanjong Sepat dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Langat pada tahun yang sama.

Beliau banyak terlibat didalam pertubuhan NGO seperti PEMADAM, PBSM, Majlis Sukan Kesihatan, Lembaga Pelawat Pusat Serenti dan juga Pengerusi Kelab Usahawan Muda. Dengan jasa yang telah beliau taburkan terhadap masyarakat terutama di dalam negeri Selangor, beliau telah dikurniakan pingat kebesaran daripada Sultan Selangor iaitu P.J.K pada tahun 1996, A.S.A pada tahun 2000 dan D.P.M.S pada tahun 2002.

Kecemerlangan yang dicapai oleh Dato’ Dr. Haji Karim Mansor telah menjadikan beliau sebagai Penerima Anugerah Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 2007. Semoga pencapaian beliau dapat dijadikan contoh kepada warga Exsas amnya dan warga Semsas khususnya.