Muka Depan

  Pengenalan

  Komiti

  Aturcara

  Anugerah

  Artis

  FAQ

  Hubungi Kami

 

  Pendaftaran

 

  AKSHAH 05'

 

   

F.A.Q

 

APA ITU AKSHAH ?
AKSHAH adalah singkatan daripada Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah yang diadakan setiap 2 tahun sekali, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan SEMSAS. Majlis ini merupakan satu majlis pengurniaan anugerah oleh KDYMM Sultan Pahang kepada bekas pelajar SEMSAS yang cemerlang dari segi akademik mahupun kepimpinan bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke-77 bagi tahun 2007.


Majlis ini telah menerima perkenan Baginda untuk menjadi penaung DiRaja dan mencemar duli bagi merasmikan majlis tersebut. YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri Besar Pahang turut diundang.

Majlis ini juga bertujuan sebagai satu platfom pengumpulan dana bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti anjuran persatuan dan juga pihak Semsas.

 
BILA DAN DI MANA?
Akan diadakan pada 12 Januari 2008, Sabtu di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Dewan yang mampu memuatkan sehingga 1500 orang jemputan ini akan turut diwarnai dengan persembahan artis jemputan. Pakaian majlis adalah Batik / Baju Kebangsaan.

SIAPA YANG BOLEH HADIR?
Semua Ahli EXSAS dan bekas pelajar SEMSAS, suami/isteri, rakan-rakan dan saudara mara adalah dijemput hadir.

MAKLUMAT TIKET
Tiket-tiket berharga RM150/orang bagi bekas pelajar/suami/isteri/anak, RM110/orang bagi bekas pelajar Semsas yang masih menuntut samada disekolah ataupun di universiti dan RM300 atau RM200 bagi jemputan luar.

 

Bagi Ahli Seumur Hidup Exsas/suami/isteri/anak, anda cuma perlu membayar RM135 sahaja iaitu potongan sebanyak 10%. Tiket boleh dibeli secara 'ONLINE' dilaman web exsas mulai sekarang.


Segala pembayaran pembelian tiket hendaklah dibuat kepada :

RIMAH MOHD SHARIFF
Akaun Maybank : 1122 2240 4647
sila maklumkan kepada Rimah ( 019-2276566 ) eimasharif@yahoo.com
  selepas transaksi pembayaran dibuat atau fax slip bank anda ke 03 - 5510 9913


Publisiti - AKSHAH 2007