Muka Depan

  Pengenalan

  Komiti

  Aturcara

  Anugerah

  Pelajar

 Bekas Pelajar

  Guru Semsas

  Bekas Guru

  Artis

  FAQ

  Hubungi Kami

 

  Pendaftaran

 

  AKSHAH 05'

 

   

PENGURNIAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 2007

 

Kategori Guru Semsas

Guru Semsas yang cemerlang, prestasi kerja yang baik serta mempunyai pencapaian tertinggi di dalam bidang pendidikan.

 

Penerima anugerah :

 

ENCIK LAN FOO HUAT
Encik Lan Foo Huat telah dilahirkan pada tahun 1963 di Pekan Nanas, Johor. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1987.Beliau mendirikan rumahtangga dengan Cikgu Tan Jin Ooi dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin dan Sekolah Menengah Bukit Goh, Kuantan dan pernah dilantik sebagai Guru Cemerlang Matematik Gred DG 48 pada tahun 2001.

Memulakan pekhidmatan di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah ( Semsas ) pada 1 Jun 2003 dengan mengajar matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan untuk tingkatan 4 dan 5.

Beliau terlibat didalam penulisan buku rujukan Matematik dan Matematik Tambahan sejak tahun 1996 selain menjadi Panel Modul Matematik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Modul Matematik Tambahan Perfect Score Sektor Asrama Penuh.

Selain daripada itu, beliau juga terlibat didalam penggubalan soalan Peperiksaan Bersama Negeri Pahang dan Sektor Asrama Penuh, Fasilitator kursus Matematik Daerah Kuantan dan Negeri Pahang serta pernah memegang jawatan sebagai penyelaras tingkatan 5, setiausaha peperiksaan SPM, Ajk PIBG dan penceramah Kem Matematik Tambahan.

 

PANITIA BAHASA MELAYU - SEMSAS
Matapelajaran Bahasa Melayu telah menunjukkan kejayaan dengan memperoleh keputusan yang cemlerlang samada didalam peperiksaan PMR mahupun SPM. Justeru Panitia Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai salah satu panitia yang cemerlang.

Organisasi Panitia :
Ketua Bidang Bahasa : Cik Azuar Abd Rahman
Guru Pakar BM : Datin Mariam Mehad
Ketua Panitia : Baharuddin Mohd Yunus

Guru Mata Pelajaran :
1. Norliza Ghazali
2. Cik Noor Aishah Sabtu
3. Kamariah Mohamad
4. Hashim Ismail
5. Khairul Hakimi Mansor
6. Salasun Naim Mohd Zain