History

 

Kelab Bekas Pelajar Ting. 5, 88 SEMSAS, atau nama ringkasnya XSAS88 adalah sebuah kelab bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan yang dianggotai oleh bekas pelajar diantara tahun 1984 hingga 1988 seramai 134 orang. Apa yang harus dibanggakan ialah persatuan ini telahpun ditubuhkan sebaik sahaja kami meninggalkan alam persekolahan pada tahun 1988.

 

Idea untuk segera ditubuhkan adalah untuk mengelakkan terputusnya hubungan di antara rakan-rakan yang lain. Ianya bermula semasa perjumpaan yang kerap diadakan di antara rakan-rakan yang berada di sekitar Kuantan. Kebetulan pula keputusan SPM masih belum diumumkan lagi. Justeru itu, ia ini harus digerakkan untuk memastikan penubuhan Kelab Bekas Pelajar Tingkatan 5 ’88.

 

Detik permulaan yang merupakan mesyuarat pertama telah diadakan pada 5hb. Februari 1989 di Kuantan yang telah dihadiri seramai 22 orang. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan membentuk ADHOC COMMITTE bagi persatuan ini sehingga mesyuarat agong yang akan diadakan kelak.

 

Di dalam mesyuarat tersebut, hadirin telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama, Kelab Bekas Pelajar Ting. 5, 1988 SEMSAS dengan diterajui oleh Sdr. Qisan sebagai Presiden yang pertama. AJK Sementara bertanggungjawab memastikan semua ahli tahu akan kewujudan kelab ini dan segera berdaftar sebagai ahli yang sah.

 

Penghargaan kepada individu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan ikatan persahabatan yang telah sekian lama terjalin tidak terputus ditengah jalan oleh faktor masa dan jarak. Semoga persatuan yang telah diilhamkan 20 tahun yang lepas akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

 

SUASANA YANG SESUAI, USAHA YANG GIGIH, MENCUBA SEHABIS UPAYA DAN DENGAN IRINGAN DOA, SEMUA ORANG PASTI BERJAYA.