HOME  |  ATURCARA  |  SENARAI PASUKAN  |  PERATURAN  |  JADUAL  |  PEMENANG TERDAHULU  |  PENAJA

KEPUTUSAN PERLAWANAN  |  LAPORAN  |  SEMSAS 7's @MEDIA  |  CORAT - CORET  |   FOTO  |  VIDEO

 

 

SEJARAH SEMSAS 7's

 

Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Semsas atau lebih dikenali sebagai SEMSAS 7's telah mula diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Pengurusan SEMSAS yang diketuai oleh Tuan Haji Hussin Abdul Rashid yang bertindak sebagai jurulatih pasukan ragbi sekolah pada masa itu.

Dengan penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah- sekolah seluruh negara, telah memberikan semangat dan kekuataan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kejohanan pada setiap tahun. Selain daripada melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia, kejohanan ini juga telah mendapat penyertaan dari sekolah-sekolah luar negara seperti Singapura dan juga Thailand.

Semenjak mula diperkenalkan, pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memastikan kejohanan ini menjadi batu loncatan kepada pemain untuk terus bersedia menghadapi cabaran di dalam sukan ragbi pada peringkat yang lebih tinggi pada masa yang akan datang. Kejohanan ini juga sebagai salah satu saluran untuk mengetengahkan bakat- bakat baru dalam bidang ragbi serta bakal menjadi pelapis bagi generasi sedia ada. Selain daripada itu, kejohanan ini juga dapat menanamkan semangat kesukanan dan mengeratkan persaudaraan diantara pemain dan semua pihak yang terlibat di dalam penganjurannya.

Walaubagaimanapun, semenjak beberapa tahun yang lepas, kejohanan ini tidak dapat diadakan atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, Mantan Presiden Exsas sesi 2006-2008, Dato' Ir Muhammad Imran Baharudin telah mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Semsas 7's sebagaimana terdahulu dan ini adalah esidi yang ke 2, Exsas menjadi menganjur kejohanan.

 

Berkat kerjasama diantara semua pihak yang terlibat, pasti Semsas 7's akan terus dikenali dan disegani suatu hari nanti. Selamat Berjuang.

 

Safarin / Azhar

Semsas 7's 2008 Crew

 

 

 

Dibangunkan dan diselenggara oleh : eightyeightstudio. Semua imej adalah hakmilik eightyeightstudio

Tidak dibenarkan menciplak atau membuat salinan tanpa kebenaran