HOME  |  ATURCARA  |  SENARAI PASUKAN  |  PERATURAN  |  JADUAL  |  PEMENANG TERDAHULU  |  PENAJA

KEPUTUSAN PERLAWANAN  |  LAPORAN  |  SEMSAS 7's @MEDIA  |  CORAT - CORET  |   FOTO  |  VIDEO

 

 

LAPORAN KEJOHANAN SEMSAS 7's, 2008

 

SEMSAS SEVENS 2008 telah berjaya dilangsungkan pada 25 hingga 27 April yang lepas dengan penyertaan dari 30 buah pasukan, 4 daripadanya adalah pasukan SEMSAS. Sek Sains Alam Shah pada mulanya bersetuju untuk hadir tetapi tidak dapat berbuat demikian di hari kejohanan, maka pasukan SEMSAS 'C' telah mengambil tempat pasukan tersebut.

Kejohanan ini telah mendapat tajaan dari Fitters Group yang turut menyumbangkan piala pusingan kejohanan yang dinamakan Piala Dato' Ir Muhammad Imran. Penaja lain adalah seperti Radzwan Resources Sdn Bhd dan SFN Trading Sdn Bhd.,

Penaja minuman tenaga adalah daripada Power Root dan juga Orang kampung Corporation manakala Foto ditaja oleh MINMEDIA yang sekaligus menjadi jurufoto rasmi kejohanan. Video dan juga laman web telah ditaja oleh Eightyeight Studio. Salbros Sdn Bhd pengedar pakaian sukan jenama Carisbrook New Zealand, hadir pada saat-saat akhir untuk memberi tajaan peralatan dan pakaian sukan.
 

Format ' Odd/Even Home Clock Wise' untuk 2 perlawanan awal memeranjatkan banyak pasukan kerana itu adalah format baru bagi mereka yang sudah biasa dengan format konvensional ' Grouping Round Robin'.

Berikut adalah pemenang SEMSAS SEVENS 2008.

DIV 2 Plate bawah 15
Johan - SEMSAS B
Naib Johan - SEMESTA

DIV 2 Plate bawah 18
Johan - SMK Sultanah Hjh Kalsom (SMK Seri Kuantan)
Naib Johan - SEMSAS B

DIV 1 Cup bawah 15
Johan - SMS Selangor
Naib Johan - SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)

DIV 1 Cup bawah 18
Johan - SMS Johor
Naib Johan - SMS Sultan Mahmud (SESMA)

Pasukan Pengelola terdiri daripada:-
Bekas Pelajar
1. Safarin (Pengerusi kejohanan)
2. Azhar (Setiausaha 1)
3. Syed SPM 2007 (Marshal)
4. Aminor Azmi (Jurugambar)

Guru SEMSAS
1. Cikgu Zulkizan (Setiausaha 2)
2. Cikgu Salasun (Pengarah Pertandingan)
3. Cikgu Suhaimi / Cikgu Rohidah(Peralatan)
4. Cikgu Khair (Urusetia)
5. Cikgu Hakimi (Urusetia)
6. Cikgu Asrul (Penginapan)
7. En. Hafiz (Siaraya dan IT)
8. Cikgu Amir (jurugambar) .

Pelajar SEMSAS
1. 10 orang pelajar form 2 dan form 3
2. 10 orang pelajar form 4 dan form 5 (terpaksa bermain untuk SEMSAS C)

Sekian terima kasih

Safarin Musa aka Yien
Pengerusi kejohanan
SEMSAS SEVENS 2008
 

 

Dibangunkan dan diselenggara oleh : eightyeightstudio. Semua imej adalah hakmilik eightyeightstudio

Tidak dibenarkan menciplak atau membuat salinan tanpa kebenaran