HOME  |  ATURCARA  |  SENARAI PASUKAN  |  PERATURAN  |  JADUAL  |  PEMENANG TERDAHULU  |  PENAJA

KEPUTUSAN PERLAWANAN  |  LAPORAN  |  SEMSAS 7's @MEDIA  |  CORAT - CORET  |   FOTO  |  VIDEO

 

 

SEMSAS 7's @ media

 

Kejohanan Ragbi Semsas 7's telah mendapat liputan secara langsung oleh RTM Kuantan yang dikelolakan oleh DJ Anuar pada hari Sabtu, jam 12 tengahari.

 

 

SINAR HARIAN - 28 April 2008 - Edisi Pahang

 

30 pasukan sertai SEMSAS Seven

oleh : Rosilawati

Kuantan - Sebanyak 30 pasukan sekolah termasuk dari luar Pahang mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi 7 sepasukan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) Seven 2008 yang berlangsung di padang sekolah tersebut di sini, kelmarin.

Kejohanan cetusan idea Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (X-SAS) yang mula dianjurkan pada tahun 1991 itu buat julung kalinya turut disertai sekolah-sekolah luar dari Pahang.

Menurut Pengerusi Kejohanan Satu, Safarin Musa, pasukan yang bertanding bakal merebut Piala Datuk Ir. Muhammad Imran Baharuddin, bekas presiden persatuan tersebut yang berusaha untuk merealisasikan penganjuran kejohanan itu.

“Kejohanan ini pernah dihentikan seketika pada tahun 2003 sehingga 2006 kerana masalah tertentu dan dianjurkan semula tahun lalu,” katanya.

Menurut Safarin, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu bawah 15 dan 18 tahun dan kali ini, kejohanan ini bakal menyaksikan juara bertahan bawah 15 tahun, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH) Pekan dan juara bawah 18 tahun, tuan rumah berentap dengan pasukan-pasukan seperti dari Kuala Lumpur dan Johor.

“Tujuan kejohanan untuk memberi pendedahan dan mengenal pasti bakat-bakat baru terutama di bawah 15 tahun dan sekali gus memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru di sekolah ini mengendalikan kejohanan-kejohanan seterusnya,” katanya.

“Kami juga mengharapkan setiap pasukan yang bertanding, terutama pasukan-pasukan baru menimba pengalaman dan memperbaiki kelemahan yang ada menerusi kejohanan ini.

Kata Safarin lagi, kejohanan ini juga mendapat kerjasama baik pihak sekolah dan turut menarik penyertaan penajaan seperti daripada Fitters Group dan Carisbrook.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Lumpur, merasmikan majlis penutupan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

 

 

Dibangunkan dan diselenggara oleh : eightyeightstudio. Semua imej adalah hakmilik eightyeightstudio

Tidak dibenarkan menciplak atau membuat salinan tanpa kebenaran