HOME  |  ATURCARA  |  SENARAI PASUKAN  |  PERATURAN  |  JADUAL  |  PEMENANG TERDAHULU  |  PENAJA

KEPUTUSAN PERLAWANAN  |  LAPORAN  |  SEMSAS 7's @MEDIA  |  CORAT - CORET  |   FOTO  |  VIDEO

 

 

UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

 

1. Nama Kejohanan
"Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Semsas, 2008" atau disebut dengan ringkasnya sebagai 'SEMSAS 7’s’. Kejohanan terbahagi kepada 2 kategori:
i. Bawah 15 Tahun (Lahir selepas 1 Januari 1993)
ii. Bawah 18 Tahun (Lahir selepas 1 Januari 1990)

2. Objektif
Kejohanan ini adalah bertujuan untuk ;
i. Memberi pendedahan awal kepada pernain bagi peringkat umur di bawah 15 tahun.
ii. Memberi pendedahan kepada pemain di peringkat bawah 18 tahun kepada kejohanan yang lebih kompetitif sebelum mereka menghadapi kejohanan utama diperingkat yang lebih tinggi.
iii. Memberi pendedahan kepada pegawai kejohanan serta pegawai urusetia kejohanan yang terdiri dari pelajar sekolah kepada tatacara pengendalian dan pengelolaan kejohanan.

3. Pengelolaan
Kejohanan ini dikelolakan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (EXSAS) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Pahang dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

4. Kelayakan Pasukan
i. Pasukan yang bertanding adalah atas jemputan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
ii. Pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menjelaskan yuran penyertaan pada atau sebelum tarikh pada 21hb April 2008.
iii. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar mendaftarkan seramai 10 orang pemain dan 2 orang pegawai. Senarai tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan berkaitan.

5. Yuran Penyertaan
Yuran kejohanan adalah adalah sebanyak RM250.00 bagi setiap pasukan.

6. Insuran
i. Insuran setiap pasukan adalah ditanggung oleh pasukan sendiri.
ii. Sebarang kemalangan ke atas pasukan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Pengelola Kejohanan.

7. Kelayakan Pemain
i. Kategori Bawah 15 Tahun - Semua pemain mestilah pelajar yang berdaftar sepenuh masa dengan sekolah yang mengambil bahagian dan pemain mestilah berumur 15 tahun ke bawah pads 1 Januari 2008.
ii. Kategori Bawah 18 Tahun - Semua pemain mestilah pelajar yang berdaftar sepenuh masa dengan sekolah yang mengambil bahagian. Pemain mestilah berumur 18 tahun ke bawah pada 1 Januari 2008.

8. Format Pertandingan
Bawah 18 dan Bawah 15

i. Pusingan Awal
Pasukan akan diundi untuk mendapatkan nombor pasukan dan akan bermain dalam 2 penentuan iaitu:-
a) Penentuan pertama
Setiap pasukan akan bermain sekali dan selepas itu mata dan skor akan diambil untuk menentukan ranking penentuan pertama

b) Penentuan kedua
Seterusnya setiap pasukan akan bermain untuk kali kedua dan mata dan skor penentuan kedua akan dijumlahkan bersama mata dan skor penentuan pertama manjadi penentuan keseluruhan untuk mendapat ranking pusingan awal dan kategori pasukan di peringkat seterusnya akan ditentukan.

ii. Pusingan Kedua
a) Lapan pasukan terbaik (ranking 1-8) akan bermain dalam peringkat suku akhir Divisyen Satu Cup.
b) Lapan pasukan seterusnya (ranking 9-16) akan bermain dalam peringkat suku akhir Divisyen Dua Plate.
c) Bagi Kategori bawah 15, 4 pasukan ranking 9-15 akan terus bermain dalam separuh akhir Divisyen Dua Plate

iii. Pusingan Akhir
4 pasukan yang memenangi perlawanan suku akhir bagi setiap divisyen dan kategori akan bermain dalam peringkat separuh akhir Divisyen Satu Cup dan Divisyen Dua Plate dan pemenang seterusnya layak untuk bermain dalam peringkat akhir kecuali kategori Divisyen Dua Plate Bawah 15 yang akan terus bermain dalam peringkat akhir.

9. Masa Permainan & Pemain Gantian
i. Masa permainan bagi perlawanan Pusingan Awal dan Pusingan Kedua adalah 10 minit tanpa rehat.
ii. Masa permainan bagi perlawanan Pusingan Akhir adalah (7-1-7) kecuali peringkat akhir Divisyen Satu Cup bagi setiap kategori iaitu (10-2-10)
iii. Seramai 3 orang pemain gantian dibenarkan dalam setiap perlawanan pada bila-bila masa.
iv. Pemain yang telah diganti tidak boleh masuk semula bermain dalam perlawanan yang sama.
v. Setiap pasukan perlu memasukkan sekurang-kurangnya 5 orang pemain untuk memulakan perlawanan. Kegagalan mengadakan jumlah minima pemain adalah dikira memberi kemenangan percuma kepada pasukan dengan skor 14-0.

10. Penentuan Perlawanan
i. Peringkat Awal
a. Setiap pasukan yang Menang diberi 3 mats, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata.
b. Kedudukan pasukan dalam kumpulan ditentukan oleh jumlah mata yang diperolehi.
c. Jika kedudukan pasukan mendapat jumlah mata yang sama selepas tamat pusingan awal, penentuan ranking pasukan adalah seperti berikut:
1. Pasukan yang mendapat jumlah ‘Try’ yang terbanyak.
2. Jumlah perbezaan skor.
3. Keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan (hanya bagi kesamaan 2 pasukan)
4. Pasukan yang mempunyai skor tertinggi.
5. Sekiranya masih seri, lambungan syiling sebanyak 3 kali (‘best of three’) akan dijalankan untuk menentukan pemenang oleh pengadil di luar padang

ii. Peringkat Kalah Mati
a. Ranking keseluruhan pasukan untuk kelayakan ke Pusingan Kedua dan Akhir akan dibuat mengikut urutan yang mana jumlah mata akan menjadi rujukan pertama diikuti jumlah ‘Try’, perbezaan skor, keputusan perlawanan untuk kedua-dua pasukan dan skor tertinggi. Jika terdapat kesamaan, maka pihak pengelola akan membuat undian bersama pasukan terbabit.

b. Sekiranya kedua-dua pasukan seri selepas tamat masa penuh permainan, maka pasukan yang mendapat skor terdahulu akan dikira pemenang tetapi jika tiada keputusan diperolehi maka lambungan syiling (‘toss coin’) secara ‘best of three’ akan dijalankan untuk menentukan pemenang dalam semua peringkat perlawanan kecuali di Perlawanan Akhir kedua-dua kategori di mana pemenang akan ditentukan melalui tambahan masa (5-1-5) secara sudden-death akan dijalankan dan jika masih tiada keputusan,sepakan penalti di garisan 22m secara ‘sudden-death’ dengan maksima 3 orang pemain setiap pasukan seterusnya jika masih tiada keputusan, ‘toss coin’ secara ‘best of three’ akan dijalankan oleh pengadil di luar padang.

iii. Kemenanqan Percuma.
Pasukan yang gagal masuklhadir ke padang selepas 10 minit dari masa yang dijadualkan, akan dianggap memberi 'walk-over' dan secara otomatik terkeluar dari kejohanan kecuali rayuan dibuat kepada Jawatankuasa Pengelola dengan menyertakan alasan yang kukuh alas kegagalan kehadiran dan wang denda sebanyak RM 100.00. Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

11. Jersi
i. Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor yang jelas.
ii. Jika terdapat bertembungan warna jersi diantara dua (2) pasukan, pasukan yang dinamakan terdahulu dalam jadual perlawanan diminta menukar jersi.

12. Perlawanan Yang Ditunda Atau Diberhentikan
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk dijalankan perlawanan disebabkan oleh cuaca dan hall yang tidak diduga, perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
Keputusan ranking Penentuan Pertama akan diambil kira sebagai kelayakan ke Pusingan Kedua/Akhir atau ranking Penentuan Keseluruhan akan diambil kira sebagai kelayakan ke Pusingan Akhir.

13. Undang-undang Permainan
Undang-undang IRB variasi 7 sebelah 2007 akan digunapakai di sepanjang kejohanan kecuali beberapa pindaan seperti yang dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini.

14. Tatatertib
Pasukan yang memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan akan dikira menarik diri dari kejohanan dan perlawanan sebelumnya tidak akan diambil kira.

15. Juri Rayuan
Rayuan boleh dibuat secara bertulis dalam masa 30 minit selepas perlawanan tamat dengan menyertakan wang tunai RM 100.00 yang tidak akan dikembalikan dan rayuan hanya boleh dibuat ke alas perkara teknikal sahaja. Jawatankuasa rayuan terdiri daripada Pengarah Pertandingan, Wakil Jawatankuasa Pengelola, Wakil KRNP dan sehingga 2 Pengurus Pasukan Berkecuali.

16. Piala dan Hadiah Individu
i. Piala Pusingan adalah hak milik SEMSAS dan hendaklah dikembalikan 6 bulan selepas kejohanan.
ii. Hadiah untuk individu akan diberikan kepada pemenang.

17. Interpretasi
Perkara-perkara berbangkit, yang tidak disebutkan seperti di atas hendaklah dirujuk kepada Jawantankuasa Pengelola dan keputusan yang dibuat adalah muktamad, Jawatankuasa Pengelola berhak meminda dan membuat apa jua keputusan selaras dengan kehendak semasa.


Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SEMSAS 2008
 

 

 

Dibangunkan dan diselenggara oleh : eightyeightstudio. Semua imej adalah hakmilik eightyeightstudio

Tidak dibenarkan menciplak atau membuat salinan tanpa kebenaran