Kelab Bekas Pelajar Ting. 5, 88 SEMSAS, atau nama ringkasnya XSAS88 dianggotai oleh bekas pelajar SEMSAS yang masuk ke tingkatan satu pada tahun 1984. Apa yang harus dibanggakan ialah kelab ini telahpun ditubuhkan pada 12 Mac 1989 iaitu beberapa bulan selepas kami meninggalkan alam persekolahan. 

Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Sdr Qisan dimana ia bertujuan untuk mengelakkan terputusnya hubungan di antara rakan-rakan yang lain. Ianya bermula selepas beberapa perjumpaan yang kerap diadakan di antara rakan-rakan yang berada di sekitar Kuantan. Kebetulan pula keputusan SPM masih belum diumumkan lagi. Justeru itu, bagi Sdr Qisan, ia harus digerakkan untuk memastikan penubuhan Kelab Bekas Pelajar Tingkatan 5 ’88.

Detik permulaan yang merupakan mesyuarat pertama telah dianjurkan oleh Sdr Qisan dan diadakan di rumah Sdr Suffian pada 12hb. Februari 1989 di Kuantan yang telah dihadiri oleh seramai 22 orang bekas pelajar Tingkatan 5, 1988. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan membentuk ADHOC/PROTEM COMMITTE bagi kelab ini sehingga mesyuarat agong yang akan diadakan kelak.

Pada mesyuarat tersebut, para hadirin telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama, Kelab Bekas Pelajar Ting. 5, 1988 SEMSAS dengan diterajui oleh Sdr. Qisan sebagai Presiden yang pertama. AJK pula bertanggungjawab memastikan semua ahli tahu akan kewujudan kelab ini dan segera berdaftar sebagai ahli.

Penghargaan kepada individu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan ikatan persahabatan yang telah sekian lama terjalin tidak terputus ditengah jalan oleh faktor masa dan jarak. Semoga kelab yang telah diilhamkan sejak tahun 1989 ini akan terus menjadi penghubung silaturrahim.

Copyright © 1989 - 2024. All rights reserved
Powered by my88.biz

Go to top